☆ Bedar Sukma Bisu ↠ Faisal Tehrani, Bedar Sukma Bisu, Faisal Tehrani, Bedar Sukma Bisu Syahdu mempesonakan kisah sebuah semenanjung Tanahnya emas lautannya perak berkilauan Ada pohon dan tanam tanaman Ada hujan menyegarkan Ada sungai sungai mengalir perlahan Ada awan gemawan melitupi meneduhkan Ada binatang jinak sering bermanjaan Ikan ikan semuanya boleh dimakan Ada laut yang bergelora permukaan tetapi tenang di dalam Wefada tidak pernah lelah beSyahdu mempesonak, ☆ Bedar Sukma Bisu ↠ Faisal Tehrani - Bedar Sukma Bisu, Bedar Sukma Bisu Syahdu mempesonakan kisah sebuah semenanjung Tanahnya emas lautannya perak berkilauan Ada pohon dan tanam tanaman Ada hujan menyegarkan Ada sungai sungai mengalir perlahan Ada awan gemawan melitupi

  • Title: Bedar Sukma Bisu
  • Author: Faisal Tehrani
  • ISBN: 9789836296528
  • Page: 147
  • Format: Paperback

Bedar Sukma Bisu

Bedar Sukma Bisu ☆ Bedar Sukma Bisu ↠ Faisal Tehrani - Bedar Sukma Bisu, Bedar Sukma Bisu Syahdu mempesonakan kisah sebuah semenanjung Tanahnya emas lautannya perak berkilauan Ada pohon dan tanam tanaman Ada hujan menyegarkan Ada sungai sungai mengalir perlahan Ada awan gemawan melitupi ☆ Bedar Sukma Bisu ↠ Faisal Tehrani - Bedar Sukma Bisu, Bedar Sukma Bisu Syahdu mempesonakan kisah sebuah semenanjung Tanahnya emas lautannya perak berkilauan Ada pohon dan tanam tanaman Ada hujan menyegarkan Ada sungai sungai mengalir perlahan Ada awan gemawan melitupi ☆ Bedar Sukma Bisu ↠ Faisal Tehrani

  • ☆ Bedar Sukma Bisu ↠ Faisal Tehrani
    147Faisal Tehrani
Bedar Sukma Bisu

Related Posts

758 thought on “Bedar Sukma Bisu

  1. Cinta Politik Ekonomi Bedar Kesungguhan dan kecekalan seorang bernama wanita Antara karya Faisal Tehrani paling prestige yang pernah aku baca Bahasa tulisan yang digunakan sangatlah lembut dan nyaman Macam aku sedang baca A Samad Said gitu.


  2. Sekiranya Faisal Tehrani adalah Van Houten Aku adalah Hazel Grace dan Agustus Water Yang masih berkira kira untuk menghantar pesanan mel kepada penulis kerana perasaan meluap luap ingin mengetahui penamat cerita Boleh jadi rangka pesanan mel aku seperti ini Subjek Sila sarankan subjek bagi mel ini Kehadapan Pak Faisal,Moga Ilah merahmati tuan Buku tuan berjudul Bedar Sukma Bisu telahpun selesai saya khatamkan tempoh hari Nampaknya tuan tetap tuan telah saya jumpa dan bersalam di tulisan tulisan [...]


  3. Bedar Sukma Bisu ini merupakan novel yang diterbitkan pada tahun 2007, usianya telah menjangkau 10 tahun namun untuk tahun ke sepuluh ini baru ia berada di tangan aku Ini merupakan karya FT yang keberapa sempat aku baca Seperti biasa aku sentiasa teruja bila FT bersungguh sungguh mengetengahkan sesuatu isu dalam penulisannya Untuk kali ini, industri perkapalan menjadi pilihan beliau untuk mencoret Kisah percintaan yang diselitkan juga seringkali berbeza beza coraknya Namun seperti biasa yang men [...]


  4. Saya tidak mahu tahu, apakah FT ini Syiah kah, Liberal kah, atau entah apa apa dia Yang cuma saya tahu, karya ini terlalu mengagumkan Dan penulisnya sangat hebat Bagaimana satu buku yang cuma ada 300 helaian mampu memuatkan kisah tentang pelayaran, pembuatan bedar Melayu, kegemilangan Selat Melaka, Semanjung dari segi hasilnya, undang undang dan ekonomi, sistem ekonomi semasa, sistem ekonomi Islam, sistem pertahanan dengan segala macam kecanggihannya sama ada nasional dan antarabangsa Semua itu [...]


  5. Semasa membaca novel ini, saya terasa seolah olah ada bayangan Sidney Sheldon di dalam gaya penulisan Faisal Tehrani kali ini.Sidney Sheldon memang gemar sekali menampilkan watak wanita sebagai watak utamanya Wanita yang berjaya dalam kerjaya, mempunyai segala kelebihan yang pasti dicemburui wanita lain iaitu dari segi kecantikan, kekayaan, bakat, kepandaian, kesungguhan, dan macam macam lagi Sungguhpun FT tidak pula menyatakan secara terperinci akan sifat fizikal Wefada dalam Bedar Sukma Bisu B [...]


  6. Bedar Sukma Bisu adalah karya Faisal Tehrani yang sarat dengan ilmu emosi dan perspektif Bahasa cerdik pandai dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam di jadikan begitu menarik dan semacam enteng oleh FT melalui Prof Dr Wefada Ilmu pengurusan, politik dan ekonomi maritim pula diluncurkan begitu fluid dan kelihatan sangat menggugat minat untuk tahu lebih banyak lagi melalui Tan Sri Marwan Emosi excited Waqeel bila mencapai eureka moments waktu ber retreat di atas kapalnya dan emosi berkecamuk Muaw [...]


  7. Bagiku peribadi, apa yang menarik tentang buku ini bukanlah terletak pada plotnya, tetapi lebih kepada watak watak yang mempunyai kisah silam dan perspektif yang berbeza Buku ini memerihalkan tentang perkapalan melayu, tentang perniagaan didasari atas keislaman, cinta, falsafah, dan sebagainya Seperti biasa, Faisal Tehrani akan sentiasa mengetengahkan melayu islamnya sebagai tema pokok, dan watak, plot, dan latar menjadi reranting redup.Ia adalah bacaan yang santai, tidak perlu mengerutkan dahi [...]


  8. Berkisarkan tentang ekonomi negara dan keunggulan pertukangan perkapalan melayu Bedar Sukma sebuah syarikat perniagaan turun menurun yang diterajui Dr Wefada secara mendadak kerana merupakan waris paling layak selepas abangnya Waqeel Badai kehidupan lampau telah membawanya jauh daripada lautan dan berkeputusan untuk hanya berbakti di darat melalui akademik bidang ekonomi Namun darah diraja melayu dan pelaut Oran yang mengalir dalam pembuluh menjadi pendorongnya sebagai nakhoda wanita yang akan m [...]


  9. Secara jujurnya,saya mengenal perempuan Melayu yang kaya dengan daya inteleknya,budi pekertinya serta betapa halusnya sesuatu peradaban hingga mampu melahirkan wanita yang sedar akan dirinya.Walaupun lambat membaca karya ini,tapi ia mencerminkan pemikiran penulis bahawa peradaban yang bertunjangkan faham agama mampu membangunkan rohani dan fizikal bangsanya.Ya,saya fikir Barat menjadi maju kerana memegang sungguh sekularisme sebagai tunjang peradaban.Persoalannya,adakah kita umat Islam akan menj [...]


  10. Suatu penulisan yang beasaskan pengkajian yang cukup teliti dari seorang anak muda, selaku seorang pensyarah akademik Kisah bedar, kajian bedar benar benar membawa aku lebih mengenali tentang asal usul negeriku Terengganu Darul Iman.


  11. Mudah untuk meletakkan Besar Sukma Bisu antara karya terhebat Faisal Tehrani Prosa yang lembut mengalir menjadikan pembacaan karya ini seperti berenang di lautan karang, tanpa tersekat dan meluncur laju sambil terbuai buai dengan keindahannya Saya juga menyukai novel ini kerana antara pokok perbincangan utamanya adalah tentang persoalan yang sering ditanya dalam politik sebuah negara, antara kemakmuran kestabilan dan keadilan kebebasan, manakah yang harus dipilih



  12. alhamdulillah, finally after 4 weeks bergelut dgn assignment presentation pretest, berjaye jugak mgkhatamkan buku nie overall, ianya x mengecewakan malah, berbaloi mencuri mase utk abiskan buku nie, even dlm lecture hall pon ngadap buku nie ape yg best tentang buku nie, ia memaparkan bagaimana gigihnye kluarga Wefada untuk meneruskan legasi perkapalan yg diasaskan oleh datuknya, Ben Qurtubi, seorg Arab yg expert dlm membuat bedar too many things yg kt bleh blaja dri buku nie antaranya, kegigihan [...]


  13. Satu perkara yang sentiasa saya boleh andalkan terhadap FT adalah aspek susunan bahasa beliau Keindahan estetika bahasa yang nyaman, indah dan mengalir.Kedua, bahasa yang sudah dihias rapi itu pasti bersulam ilmu FT sangat teliti dalam memasukkan fakta dan huraian akademi di dalam novel beliau.Novel ini sebuah novel yang membicarakan hal bisnes, ekonomi, perkapalan, perdagangan, perjuangan wanita dan pastinya cinta Watak perempuan diangkat sebagai watak utama, dengan segala sifat yang wajar menj [...]


  14. Dua hari tenggelam bersama Bedar Sukma Bisu Saya cadangkan novel Bedar Sukma Bisu ini sebagai bacaan pelajar ekonomi dan ahli perniagaan dan ekonomi Tema utama novel ini tentunya berkait ekonomi Saya sangat suka cara Faisal Tehrani memperkaitkan sejarah, budaya, agama dan kekayaan alam dengan ekonomi Soal etika dalam perniagaan pun sangat menarik Dan kisah percintaan Wefada dan Elemine tentunya suatu kisah percintaan impian saya Karya Faisal Tehrani tak pernah mengecewakan Bila bercakap tentang [...]


  15. Aku kurang pengetahuan dalam bidang ekonomi, oleh itu banyak perbincangan yang aku kurang faham dalam buku ini Mungkin kerana itulah aku sedikit bosan dan ingin cepat cepat selesaikannya Babak cinta tidak pernah menjadi sesuata tarikan bagiku untuk membuat sesebuah karya itu menarik Tetapi aku amat setuju tentang suatu perkara, seharusnya ada usahawan yang membina sebuah hotel yang mempunyai ciri ciri keislaman secara total, kerana buat masa ini aku rasa belum ada lagi yang buat sedemikian.


  16. Kepengarangan Faisal Tehrani terserlah dalam novel ini yang sarat dengan ilmu bantu dalam bidang perkapalan dan ekonomi Agak sukar untuk menghadam novel ini sekiranya tiada asas dalam ilmu ilmu tersebut Dan Faisal Tehrani tidak pernah mengecewakan dalam aspek susun atur bahasanya yang amat puitis Malahan, berbanding karya karyanya yang lain, estetika bahasa yang digunakan di dalam novel ini adalah lebih tinggi.


  17. Sangat menyegarkan bila membaca novel FT yang tak terlalu fokus kepada politik negara ataupun agama Buah fikir yang mudah dan kemas yang paling menarik buah fikir tentang mengadakan pakej perlancongan pelayaran Islami Menarik Dan sangat sangat terkesan dengan cara FT menjadikan ini novel dewasa tanpa menggunakan perkataan lucah Tabik


  18. Dalam kesungguhan untuk kita percaya, selain lautan itu menyimpan misteri ternyata masih punya berjuta rahmat untuk disyukuri, baik di permukaan atau di dasar Itulah ilham yang memancang Bedar Sukma Bisu Lautan menjadi sebuah ceritera dipesan melalui rahsia perahu.budakkilang.wordpress 2011


  19. Sebuah kisah mengenai bisnes perkapalan pelancongan dan suka duka sebuah bisnes keluarga Tapi penceritaannya tidak sehebat Sukma Angin Arenawati Sekali lagi watak wanita dipertonjolkan Mungkin lebih menarik jika kehebatan Bedar Melayu itu diperjelaskan dengan lebih halus secara teknikal dan sejarahnya Juga bagaimana Melayu sebagai Raja Laut suatu ketika dahulu


  20. Pada mulanya, novel ini agak membosankan Tapi aku terus menerus membaca Aku sedikit kurang senang dengan diskriminasi dalam keluarga Wefada terhadap pakciknya, walaupun Wefada tidak melayan pakciknya sebegitu Sampailah aku baca ke bab bab yang akhir, oh Bedar Sukma Bisu benar2 buat aku tergamam Nama Bedar itu cantik tapi cerita di sebaliknya sangat pedih.


  21. Cerita tentang Semenanjung Emas Tanahnya emas, lautannya perak berkilauan Ada pohon dan tanam tanaman Ada hujan menyegarkan Ada sungai sungai mengalir perlahan Ada awan gemawan melitupi meneduhkan Ada laut yang bergelora permukaan tetapi tenang di dalam.


  22. Nampaknya Ketupat Cinta lebih dekat di hati Mungkin falsafah makanan yang mudah dihadam disamping satira politik yang menggelikan hati Bedar Sukma Bisu pula falsafah laut yang jauh dengan kita orang bendang, disamping teori ekonomi yang mencabar minda.


  23. Cerita yang berkisar ekonomi,laut,sejarah semenanjung emas dan kapal.Wanita melayu itu terkenal dengan peribadi yang sopan dan semangat kental.Wafeeda wanita yang punya semua dan menambahkan keanggunan dengan ilmu.Wanitaaa intelektual


  24. Naskhah yang hebat Paduan bahasa yang hebat Penceritaan melalui setiap watak yang hebat Membayangkan kegigihan penulis menggabungkan fakta fakta sejarah, statistik statistik dan masih menyelitkan watak watak fiksyen, pergh memang hebat betul


  25. Keluarga yang menjadikan lautan adalah punca rezeki Bicara bangga mengenai kehebatan beraksi di lautan Ada juga diselitkan dengan sedikit percintaan Namun lebih menumpukan ketabahan untuk mempertahankan perniagaan keluarga.



  26. Baru daku tau betapa hebatnya ilmu kelautan Melayu, pembinaan kapal, penguasaan laut dan dari satu segi adakah Hukum Inggeris Law of the Sea dicedok dari Hukum Laut Melaka Sama sama kita fikirkan